Dan seorang dewasa berkata, Bicaralah pada kami wacana Persahabatan.Dan beliau menjawab: Sahabat ialah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kamu taburi dengan kasih dan kamu tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan beliau pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kamu menghampirinya dikala hati lupa dan mencarinya dikala jiwa mau kedamaian.
Bila beliau berbicara, mengungkapkan fikirannya, kamu tiada takut membisikkan kata ‚Tidak‛ di kalbumu sendiri, pun tiada kamu menyembunyikan kata ‚Ya‛.
Dan bilamana beliau diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan cita-cita dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kamu berdukacita; Kerana yang paling kamu kasihi dalam dirinya, mungkin kamu nampak lebih terperinci dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika beliau harus tahu trend surutmu, biarlah beliau mengenali pula trend pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jikalau kamu sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang dapat mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati insan menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Buat lebih berguna, kongsi: